Express The Angel
The AngelLinksFanficsEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, May 24, 2014 | 9:26 PM | 0 Alien
Assalamualaikum.

Hari ni saya bangun gila awal lulz. Pukul 5. My ma suruh tidur balik sebab dia kata awal lagi. Tapi saya kata, takut nanti tak terjaga pula. Kena ada dekat sekolah pukul 6.15 a.m.

Dalam bas, mula2 saya duduk sebelah Aina, tapi susah nak bincang dengan Mijah pasal kuiz Arab, Stina kat belakang saya, so, Aina tukar tempat dengan Mijah. Lepas tu, kita bincang, tanya pasal kata2 hikmah, senang cerita, kalau pasal kata-kata hikmah, kita dah bersedia. Just tak bersedia sangat bab muradif mudhad. Kita hafal ikut suka hati aje. 

Masa jawab tu, hahahahahahahahahahahahahaha saya give up. Give up gila2. As in gila2 give up lah. Rattib dah ntah pape. Nak nangis rasa. Susah juga lah soalan and heck, takde pun soalan pengetahuan am! Bazir baca. 

So, habis je jawab, kita pergi dewan, kena masuk kelas tu balik pukul 11.25 a.m. Kita tengok hiwar and then kita bincang pasal soalan tadi. And we were all like eii gila susah soalan tadi. Memang kita tak menang lah. Jangan berharap nak menang. And such.



A: Rasanya kita boleh kot. Markah kita takkan lah teruk sangat.
Q: Tak payah berharap. Kita kalahnya.
H: Kan susah soalan. Saya harap kalah.
Q: Saya nak kita jadi kumpulan terakhir drpd 8 group ni.
A: Eh, tak nak lah yang terakhir. No. 4 lah
Q: Kalau no 4, sikit je lagi. Mesti kita rasa sayang.
H: Memang. Kita dapat no 7 lah.
A: Janganlah dia bagitahu markah. Buat malu aje.
Q: Eh kita masuk bilik tu lambat sikit lah. Bukannya menang pun.
A: Eii nanti kita lambat, dia dah bagitahu result.
Q: Kita bukannya menang pun. Tak boleh ke dia bagitahu result guna walkie talkie?
A: Mesej ke call ke, kita dah tahu dah tak menang, malas nak bazir tenaga pergi sana.



And then, 11.26 a.m., kita pergi ke bilik tu. Baru nak naik tangga, nampak Aina, saya panggil dia, and dia kata, kita masuk peringkat akhir. Saya terus kata, "menipu! Menipu!" Masa naik tangga, kita kata Aina ni menipu semua tu. Lepas tu, Aina kata, betullah, korang masuk peringkat akhir. And dia tanya pelajar2 sekolah agama pahang and diaorang kata, aah. Muallimah pula kata, tak payah nak tak percaya gitulah. Bersedia cepat. 

And then baru dia sibuk suruh kita baca. Kalau tak, dia takde pun kisah kat kita. Semua kita buat sendiri. Jumaat tu pun sikit aje macam petang tu, serious sikit. Tu pun ada abang Razin, abang Arif dengan abang Fakhrul eh yang tolong sikit pasal maksud kata2 hikmah. Geram pula rasa. And then, lepas tu, dia hilang. Saya tengok, orang lain semua dengan cikgu diaorang. Lepas tu, lepas lama2 tak nampak dia, ada seorang cikgu ni, dia tanya, kita sekolah apa and dia kata, focus dekat bahagian jama taksir hyang maratun kepada nisa' and all those jama' taksir yang pelik2. Dia yang tolong sikit. Kalau tak, kita lost. Totally lost. 

Saya tak faham kenapa dia perlu sedih (over juga lah kesedihan dia tu) masa kita kalah. Ikut pengiraan dia, kita kalah 1 mata aje. Dia tanya, dia tak reti ke ajar kita and such. Bukannya dia tak reti, masalahnya dia hanya focus dekat kalimatus sobah, takde pun mana2 cikgu yang care pasal kuiz arab menengah rendah. Sad truth. Kita dapat pergi peringkat akhir ni pun alhamdulillah lah, sebab kita ni bukannya sekolah agama, yang lain, semua sekolah agama. Tahap dan Maarif. Lagipun kita belajar sendiri, buat nota sendiri. Takdenya kalau kita kalah tu, salah mana2 cikgu, sebab none of them cares, they just don't give a damn bout us. 

Kuiz Arab MR no 2, Kuiz Arab MA no 3, Kalimatus sobah MR no 2, Kuiz Ilmu Wahyu MR no 3, Kuiz Ilmu Wahyu MA no 1. 

2 kali masa announcer tu umumkan nama Aina, semua salah. Asyik2, Ainia. Kita yang kat tepi ni macam, awat Ainia? And then, saya kata, ha, tulisan buruk sangat lah tu, sebab tu tak boleh baca. Semua ketawa, even peserta pertama sek Maarif pun ketawa. Dia gila cantik. 

Lepas solat, kita beli makanan dan masa beli nangka tu, kita argue pasal nak plastik ke tak nak plastik. In the end, saya ambil plastik and plastik tu digunakan pun untuk buang biji dia. Pfftt tu lah, Aina tak nak plastik sgt. 

Dalam bas, ahahahahahahaha kita gila bising nak mampus, or saya je yang bising? Ketawa lah, itulah, inilah. Masa dah nak sampai sekolah, kita cakap pasal masa dekat polisas masa darjah 6 and such and kita ketawa and then saya baru teringat ehem ehem mama ehem ada dekat depan. 

Then, Syahirah kata, Aida, awak ni macam ayam lah. I was like, what Syahirah, ayam? WHY?! And she was like, awak bising macam ayam. Kecoh. I was like phuhlease I senyap okay. And I was like, sakata! Iskati! Litaskati! Sakata! And Stina kata, Alshut-up! Alshut-up! And I was like, Syahirah, awak tu itik! RLAB. Apa ni?!

And memang lah, saya memang bising pun, tapi lepas tu, saya mengada buat2 cakap tapi takde suara sebab diaorang kata saya ni terlalu bising. Memanglah, dalam bas, saya rasa macam suara saya aje yang dengar. Orang lain either tidur, baca buku, termenung or krik krik. 

Stina insyaAllah pergi peringkat kebangsaan. Alhamdulillah bukan saya or Mijah sebab kita ada kawad 19, 20 dan 21 Jun. Pertandingan arab ni 17, 18 dan 19 Jun. CLASH jadual. Memang tak lah kan. Aina kata, cuba pilih and I was like, ahahahahahahaha ntah lah. Both. 

Okay, tu je. Homework bertimbun. Malam ni nak rehat aje. 6 hours bazir dalam bas, 6 hours bazir dekat sekolah tu. Tak lunch pun. Tak sempat. Sobs. So, yeah, assalamualaikum.

Love you guys, bubblebye ^_^

PAST FUTURE


_______________________________________
Bubblehye


Assalamualaikum! Greetings, aliens from Saturn! You've stepped into BDA's world. Accept me for who I am or just get out of here. I don't bite.
Blue Diamond Angel



Reminiscing those moments when we were all together as one big family
_______________________________________
Say YO


_______________________________________
Sing With Me




_______________________________________
Big Claps

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google