Express The Angel
The AngelLinksFanficsEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, March 17, 2012 | 8:01 PM | 0 Alien

 
Bab 1

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Sudah masa untuk makan tengah hari. Huh… Makan tengah hari apa? Aku puasa! Puasa sunat, bukan puasa ganti. Aku sudah menyelesaikan hutangku dengan Allah pada tahun lepas, alhamdulillah.

“Kau tempat ku memin-“ Telefonku berdering. Ammar. Aku menekan butang answer.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam, cinta. Mawaddah, nak keluar lunch dengan Ammar tak?” tanya Ammar. Ya, dia sentiasa memanggilku dengan nama Mawaddah atau cinta. Kenapa? Kerana Mawaddah bererti cinta. Jannahtul Mawaddah, syurga cinta. Dia percaya bahawa aku telah ditakdirkan untuk dia. Oleh sebab itu, dia lebih selesa untuk memanggilku ‘cinta’.

“Sorrylah. But Waddah puasa sunat” aku berkata.

“Oh. I see. Buka puasa nanti, Ammar datang rumah ya?”

“InsyaAllah boleh.”

“Cinta tengah buat apa? Sibuk kerja lah tu” Ammar mengagak. Ahh… Bagaimana dia boleh teka dengan tepat?

“Macam mana Ammar tahu?”

“Ya Jannahtul Mawaddah, Ammar dah biasa dengan Waddah. Dah 20 tahun kita kenal. Tak kan lah perkara yang Waddah selalu buat Ammar tak tahu.” Betul juga katanya.

“Okay lah Ammar, sembang nanti. Waddah nak solat Zohor. Assalammuaaikum, great builder.”

“Waalaikummussalam, cinta” jawabnya. Aku memutuskan panggilan lalu mengambil wudhu’ dan bersolat. Sesudah tahiyat akhir, aku berzikir.

“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku serta dosa kaum kerabatku. Kau ampunkanlah segala dosa hambamu yang hina ini, Ya Rabb. Panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami, tambahkanlah ilmu dan iman kepada kami. Sihatkanlah tubuh badan kami, penglihatan kami dan pendengaran kami.
Ya Rabb, jodohkanlah aku dengan seorang jejaka yang boleh membuka hatiku ini dengan kelembutannya, kesopanannya, kebaikannya, kepintarannya dan kepatuhannya terhadapmu dan suruhanmu. Pertemukanlah aku dengan dia sebelum semuanya terlambat.” Aku mengaminkan doaku.

Tok tok tok…

“Come in” aku berkata setelah menyimpan telekung dan sejadah di tempat khas. Pintu terbuka, mendedahkan seorang gadis yang cantik dan tinggi lampai, persis seorang model.

“Waddah…” panggilnya.

“Iya… Ada apa, sahabatku?” aku menyahut. Safiya melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

“Help me…” Belum sempat aku ingin bertanyakan kenapa, dia sudah menjawab.

“I’m in love.” Aku terkedu. Safiya… Sedang dilamun cinta? Biar betul? Setelah apa yang telah dilakukan oleh Jason terhadapnya, bagaimana dia boleh membuka hatinya kembali?

“Are you kidding me?”

“No” jawabnya. Dia kelihatan bersungguh-sungguh.

“Kali ini, siapa?”

“Entah” jawabnya sepatah sambil menaikkan bahunya. Entah? Nama orang ke tu?

“What do you mean by entah?”

“I don’t know lah!”

“Macam mana Fiya boleh tak tahu?”

“Sebab Fiya tak tahu lah, Fiya tak tahu”

“Okay, Waddah dah pening. Cuba betulkan ayat Fiya tu.”

“Fiya in love dengan seorang pemuda semasa Fiya keluar makan dengan Eryna tadi” ceritanya.

“Love at first sight lah ni? Patutlah tak tahu nama” aku berkata sambil meneruskan pekerjaanku.

“Eh? Waddah, Fiya tahu lah Waddah tu sibuk tapi tak kan nak suruh Fiya duduk bodoh-bodoh dekat sini je? Bagilah air ke… Ape ke…”

“Fiya tak nak duduk bodoh-bodoh dekat situ kan? Meh sini tolong Waddah buat kerja. Boleh dapat pahala” aku berkata, sengaja mencari pasal dengannya.

“Alah, Waddah ni… Bencilah Fiya kalau macam ni. Baik Fiya pergi cari lelaki pujaan Fiya tu.” Eh? Merajuk pula? Nak suruh aku pujuklah tu. Tak apa, aku pujuk lepas buka puasa nanti. Aku tak nak habis current tekak aku sebab pujuk dia. Hehehe… Aku merepek apa tak tahu masa puasa ni. Astaghfirullahalazim…

“Wahai Safiya Ariana, daripada tuan hamba pergi mencari jejaka itu, lebih baik tuan hamba mendekatkan diri dengan Allah.” Aku menasihatinya. Dia menarik muncung.

“Haaa… Apa pout-pout ni? Boleh sangkut 100 helai baju tau dekat muncung Fiya tu!”

“Apalah Waddah ni. Fiya baru je ada mood nak mencari cinta, Waddah dah putuskan mood tu.” Mood bercinta lah konon… Kalau dia cari, belum tentu jumpa lelaki itu. Seoul ini besar! Eh? Pelik kenapa tiba-tiba nama Seoul boleh ada? Aku lupa beritahu eh? Aku tinggal di Seoul.

“Eh… Kejap. Lelaki yang menjadi pujaan hati tuan hamba ni orang apa ya? Korea ke? Kalau Korea, just cakap bye-bye je lah. Mana boleh kahwin.”

“Melayu. Islam lagi. Pakai songkok! Masa Fiya nampak dia, dia tak makan dengan kawan Korea dia tu. Dia just tengok je and layan kawan dia. Puasa kott” Safiya bercerita panjang lebar. Bukannya aku nak dengar sangat pun. Baik aku layan kerja dan dengar lagu Heaven dendangan Ailee. Pelik? Aku pun pelik juga kenapa tiba-tiba aku boleh suka akan lagu itu. Hehehe… Maksud lagu itu sangat mendalam! Lagi-lagi kalau tengok music vieo lagu ni. Fuhh… Memang daebak lah! Aku ni… Bukanlah muslimah sepenuh masa. Ada kalanya layan juga demam Korea ni. Ya lah, pergi keluar mall mana-mana, asyik dengar je lagu Korea. Infinite lah, Girls’ Generation lah, Kara lah… Macam-macam.

Tiba-tiba, aku teringat akan kejadian hari itu yang sangat memalukan aku! Pada hari yang tak berapa nak indah itu, aku berjalan seorang diri, menuju ke sebuah kafe. Entah kenapa pada hari itu, ramai orang berkerumun di hadapan kafe itu. Aku tidak ambil peduli lalu mencuba sedaya-upayaku untuk mendekati pintu masuk kafe itu. Susah dan memenatkan! Apabila aku sudah sampai di hadapan pintu masuk itu, tolakan daripada orang belakangku menyebabkan aku tergelincir. Aku memejamkan mataku. RAPAT! Tetapi, setelah beberapa ketika, aku tidak rasa apa-apa kesakitan pun. Perlahan-lahan, aku membuka mataku. Aku lihat seorang lelaki yang tampan sedang menahanku daripada jatuh. Huh? Tak faham? Aku tidak tahu how to describe it. Pandai-pandailah korang fikir sendiri eh?

Aku tunduk malu setelah aku berdiri sambil berkata, “kamsahamnida.”
Dia hanya tunduk sedikit tanda hormat dan berlalu pergi. Orang ramai yang berkerumun itu juga berlalu pergi. Hmmm… Diakah yang mereka panggil ‘L’ itu? Mungkin… Ah, malunya aku! Nasib baik tiada skinship yang berlaku di antara kami.

“Waddah? Waddah? Jannahtul Mawaddah!”
Aku tersedar.

“Ya?”

“Apa ni mengelamun masa macam ni? Tak baik lah! Pergi buat kerja yang bertimbun tu. Kalau Waddah tak buat sekarang, silap hari bulan, timbunan kerja-kerja tu boleh jadi lebih tinggi daripada Waddah tau! Awak tu pendek aje. So, buat cepat!” Safiya mengarah.
Ya lah, aku tahulah aku hanya 165 cm. Bukan seperti dia yang 175 cm. Tu pun nak belagak. Tch. Allahuakbar, masyaAllah, astaghfirullah…. Macam mana aku boleh berfikir sebegini sementara aku sedang berpuasa? Astaghfirullah…

“Okay, boss. Dah, Fiya pun pergilah buat kerja tu.” Safiya baru hendak melangkah keluar tetapi langkahnya terhenti apa bila aku bertanya, “dah solat belum?”

“Huh? Umm… Belum” jawabnya malu. Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku.

“Pergi solat. Then, baru sambung kerja, okay?” Safiya angguk, lalu, meninggalkan officeku. Aku menyambung kerjaku.

-----------------

Lagi sejam, aku akan berbuka puasa. Aku mengisi masa itu dengan mengaji Al-Quran kerana Safiya, sahabatku telah masak juadah berbuka puasa untukku. Surah Yasin menjadi pilihanku kerana esok sudah hari Jumaat.

“Srettttt” kedengaran bunyi kereta sedang memarkir di garaj rumahku. Siapa ya? Aku bangun untuk membuka pintu tetapi Safiya berkeras untuk membuka pintu. Akhirnya, aku mengalah.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam, Ammar” jawab Safiya, sedikit tunduk pandangannya. Sebaik aku dengar nama Ammar, aku menyimpan telekung dan Al-Quran. Aku mencapai tudung lalu menuju ke ruang tamu.

“Assalammualaikum” aku berkata, melihat ke lantai. Bukan aku tidak mahu untuk melihat wajahnya yang tampan itu. Tidak! Tetapi, inilah cara aku bergaul dengan lelaki. Aku telah diajar untuk menundukkan pandanganku apabila berbicara dengan lelaki. Sebabnya? Untuk mengelakkan zina mata.

“Waalaikummussalam, cinta” jawab Ammar dengan suaranya yang lembut. Bagi kamu, suara Taemin sudah lembut? Suara dia lebih lembut.

“Ada apa, Ammar? Kenapa datang?” aku tanya.

“Kan Ammar dah beritahu Mawaddah yang Ammar akan datang sini untuk temankan Waddah berbuka puasa?” MasyaAllah, bagaimana aku boleh terlupa tentang itu?

“Oh. Sorry, Waddah lupa.” Mataku tetap menghadap ke lantai.

“Tak apa.”

“Eh? Korang bercakap berdua saja ke? Lupa ke Fiya ada dekat sini sekali. Cakaplah dengan Fiya” kata Safiya. Ini lagi satu, bagaimana aku boleh lupa akan kehadiran Safiya? Agaknya, aku kena makan vitamin apa-apa lah yang boleh kuatkan ingatan aku. Banyak sangat kerja sampai otak pun dah tak berfungsi dengan betul. Haisyyy…

“Sorry, Fiya” Ammar berkata. Tiba-tiba, Safiya gelak.

“Eleh, tak payah lah serious sangat. Saja je Fiya cakap macam tu. Tak pe lah. Korang ber’dating’ dulu kat sini, Fiya nak pergi kacau mat salih depan rumah tu haaa… Sedap pulak dengar dia cakap Korea” kata Safiya. Betul, dia selalu mengacau mat salih depan rumah itu. Namanya… Rose. Eh? Kalau Rose, minah salih lah kan? Hehehe…

“Eii, budak ni. Fiya, don’t act too childish lah! Kalau Fiya always kacau dia, silap-silap, dia boleh kena tekanan darah tinggi tau?” Fakta mana aku ambil, aku pun tak tahu. Cakap main lepas je.

“Biarlah. Bukannya Fiya yang kena. Dia. Okaylah, Mawaddah, Ammar. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam” jawab kami serentak. Sebelum Safiya melangkah keluar, dia sempat berpesan sesuatu kepada kami.

“Fiya pergi sekejap je. Jangan nak buat benda yang tak baik eh sementara Fiya dekat rumah orang depan tu. Kalau Fiya balik, Fiya nampak korang duduk rapat-rapat, ada nanti yang pergi hospital kang.”

“Apalah Fiya ni. Ammar bukan macam tu.”

“Eh? Ye ke? Kalau Ammar bukan macam tu, mana tau Waddah pulak yang macam tu” kata Safiya, tersengih-sengih macam kambing busuk. Eh? Kambing busuk ke kerang busuk? Lantaklah, bukannya dia dengar.

“Fiya ni, Waddah bukan macam tu lah. Tak nak kawan Fiya kalau macam ni” kataku. Buat macam merajuklah, kononnya… Tak jadi pun.

“Tak kisahlah, Waddah. Nak kawan ke tak nak kawan ke, ada Fiya kisah? Dah lah, kalau cakap dengan Waddah ni, sampai esok pun Fiya tak boleh kacau mat salih depan ni. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

---------------

“Allahuakbar, Allahuakbar” azan sudah berkumandang. Doa aku baca. Aku mendahulukan memakan kurma daripada minum air.

“Allahuakbar, nikmatnya dapat minum air” aku berkata setelah meneguk sedikit jus tembikai. Segar. Maklumlah, tembikai itu segar dari ladang. Hehehe…
Ammar menjadi imam manakala aku dan Safiya, of course lah makmumnya. Tak kan kami berdua menjadi imam juga. Okay, apa benda aku merepek ini? Tu lah, nak buat lawak, tak jadi. Buat malu je.

Sesudah solat, telefonku berdering. Macam tau-tau aja tadi aku bersolat. Aku menekan butang answer lalu mendekatkan telefon itu ke telinga kananku.

“Assalammualaikum.”


“Waalaikummussalam, Jannahtul Mawaddah” jawab si pemanggil. Macam aku kenal je suara ini tapi di mana ya?


PAST FUTURE


_______________________________________
Bubblehye


Assalamualaikum! Greetings, aliens from Saturn! You've stepped into BDA's world. Accept me for who I am or just get out of here. I don't bite.
Blue Diamond Angel



Reminiscing those moments when we were all together as one big family
_______________________________________
Say YO


_______________________________________
Sing With Me




_______________________________________
Big Claps

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google