Express The Angel
The AngelLinksFanficsEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, April 14, 2012 | 1:24 AM | 0 Alien


Bab 2

“Jannahtul Mawaddah…” panggil si pemanggil itu. Aku masih berteka-teki. Tu lah, aku tekan butang answer tanpa tengok siapa yang call, fikirku.

“Assalammualaikum? Mawaddah?” nyaring suaranya.

“Huh? Oh, waalaikummussalam.” Jawabku setelah sedar dari lamunanku.

“Waddah, ambil walid dekat airport, sayang.” Oh… Walid rupanya. Macam mana aku boleh lupa suara walid? Huh… Nampak sangat yang aku sekarang ni dah jarang call dia. Ya lah, kerja saja.

“Bila walid sampai? Walid pergi sini dengan siapa? Ummi ada? Kenapa tak beritahu Waddah?” bertalu-talu aku bertanyakan soalan kepada walid. Perkataan MasyaAllah sudah aku dengar di hujung talian.

“Waddah, kalau ye pun, jemput walid dulu” kata Walid. Mungkin dia sedang menggeleng-gelengkan kepalanya di airport sana.

“Baiklah, bos! 45 minit lagi Waddah sampai.”

“Lamanya. Letih walid tunggu kalau macam tu.” Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Dah, nak buat macam mana? Airport itu jauh dari rumah aku. Terpaksalah walid tunggu. Nak sahaja aku berkata begitu kepadanya. Namun, aku masih waras. Tidak mungkin aku akan berkata sebegitu kepada orang tua yang sudah dimamah usia itu.

“Alah, walid kan kaya. Korporat sangat kan? Pergi lah ambil teksi ke… Suruh anak angkat kesayangan walid yang mysterious tu ambil ke… Apa ke…” kataku, bersahaja.

“Walid nak anak walid yang ambil walid. So, hurry up! I just give you 30 minutes. If you’re late, you’re going to marry Ammar tonight!”

Aku terkedu. 30 minit untuk sampai di sana? Lapangan Terbang Incheon? He must be crazy. 40 minit pun tak akan sampailah walaupun aku bawa 150 km/h. Jauh tu! Dah lah kalau lambat dia nak nikahkan aku dengan Ammar malam ni juga. Haisyy.. Apalah nasib hambamu ini, Ya Allah?

“Ya lah. Tapi walid,” tidak sempat aku meneruskan percakapanku, walid sudah mematikan telefonnya. Aku pasti dia mesti sedang tersenyum macam orang gila di sana kerana dapat mengenakanku. Huh, walid… Walid… Dari Waddah kecil sampai Waddah dah mencapai usia 25 tahun, sama saja perangainya. Tak tahu nak ubah! Tak padan dengan status korporatnya itu.


Hummmmm... 

Pembaca sudah boring dengan catatan aku? Tak apa lah. Aku merajuk lah ni. Nak, ambil ni, penulis!


(Ye lah, aku mengaku aku tidak reti nak bercerita. Let's just pass this story to the author, shall we?)

---------------

Hembusan angin dingin pada waktu malam membuat jejaka ini menggigil kesejukan. Apa ni? It’s April. Why in the earth is this place so cold? Dia berfikir seraya meneruskan langkahnya ke kedai 24 jam berhampiran rumahnya.

Ting tong…

Jejaka ini melangkah ke dalam kedai. Tempat barangan dapur ditujunya. Nama barangan yang tercatat pada kertas yang dipegangnya itu dicapainya lalu membuat bayaran di kaunter. Setelah sejumlah wang bertukar tangan, dia melangkah pergi.

“Tret tet tet tet tet” telefon Nokia c3nya berdering.

“Assalammualaikum.” Salamnya dijawab.

“InsyaAllah, nanti saya datang. Assalammualaikum” katanya sebelum memutuskan talian.

---------------

“Assalammualaikum” kata Mawaddah setelah melangkah masuk ke dalam rumah bersama beg walidnya. Beg itu diletakkan di tepi kemudian Mawaddah terus menuju ke dapur. Bau masakan Safiya sudah memenuhi ruang dapur.

“Whoaaa… Jahatnya orang tu, tak nak tunggu Waddah makan pun” kata Mawaddah sambil memuncungkan mulutnya.

“Dah, orang tu pergi tak nak beritahu Fiya pun” kata Safiya sambil membasuh pinggan.

“Ammar mana?” Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Mawaddah. Dia terkejut. Macam mana aku boleh tanya soalan macam tu? Fikir Mawaddah.

“Dia pergi ambil angin sekejap. Mana boleh kita duduk berdua-duaan dalam rumah ni. Nanti jealous orang tu.”

“Assalammualaikum” sapa Tan Sri. Safiya berpaling. Macam aku kenal je rupa orang ni tapi di mana ya?

“Waalaikumussalam” jawab mereka berdua.

“Walid dengar Waddah tanya pasal Ammar. Rindu dia ke?” MasyaAllah, dia ayah Waddah rupanya! Patut macam pernah jumpa! Kata Safiya di dalam hati sambil tersengih-sengih.

“Isy, walid ni! Mawaddah tak rindu dia lah! Hari-hari jumpa muka yang sama je, buat apa nak rindu? Haa, yang Fiya ni tersengih-sengih macam orang gila ni kenapa?” Mawaddah menukar topik. Safiya tersedar and cepat-cepat membuat muka serius.

“Jealous ke Fiya boleh tersengih? Bukan macam orang tu kan, Tan Sri?” Lelaki yang baru sahaja duduk itu ketawa. Safiya turut ketawa. Dapat juga dia mengenakan rakan karibnya itu.

“Ye lah. Waddah tak selalu senyum. Tak kan nak baca Quran pun senyum?” Ketawa mereka terhenti. Betul juga, fikir Safiya.

“Alah, senyum je lah. Senyum kan sedekah” Safiya berkata sambil melemparkan sebuah senyuman kepada wanita berusia 25 tahun itu. Mawaddah hanya membuat tidak tahu. Dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor Ammar didail.

“Assalammualaikum, Ammar.”

“Waddah dah balik, sekali dengan walid. Datanglah rumah. Anak angkat walid pun nanti datang” sambung Mawaddah. Setelah beberapa ketika, panggilan diputuskan. Mawaddah dipandang oleh Tan Sri dan Safiya.

“Sweetnya! Si Juliet menelefon si Romeo suruh datang rumah jumpa bakal bapa mertua!” Mawaddah hanya menggelengkan kepalanya.

“Fiya ni belum matang lah!”

“Fiya dah matanglah! Sebab tu Fiya tahu pasal Romeo dan-“ tidak sempat Safiya menghabiskan ayatnya, loceng sudah berbunyi.

---------------

Mawaddah pergi membuka pintu. Seorang pemuda kacak yang tidak dikenalinya berdiri di hadapannya. Mata Mawaddah yang cantik tidak berkelip. MasyaAllah, indahnya makhluk di hadapan ku ini, fikir Mawaddah.

“Assalammualaikum” kata si pemuda itu. Salamnya dijawab. Jantung Mawaddah berdegup kencang. Astaghfirullahalazim… Ya Allah, aku mohon perlindunganmu dari segala cubaan dan dugaan, bisik Mawaddah perlahan setelah sedar akan pemikirannya itu.

“Mawaddah, kenapa lama sangat tu?” tanya Tan Sri sambil berjalan ke arah anak perempuannya.

“Syukri, come in!” Syukri. Ahmad Syukri Aiman. Itulah nama anak angkat Tan Sri Nabil Zakwan yang telah dikenalinya sejak 2010 lagi tetapi tidak pernah mengenalkan dia kepada Mawaddah.

“Walid apa khabar?” tangannya dicium.
“Alhamdulillah, still sihat lagi. Esok lusa tak tahu lah” lawak bodoh dibuatnya. Syukri hanya tersenyum.

“Ini Mawaddah, satu-satunya anak walid.” Mawaddah menundukkan pandangannya. Tiada satu perkataan pun keluar. Hanya sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya.

“Come and meet my daughter’s best friend.” Mereka menuju ke ruang makan. Di situ, Safiya hanya duduk, setia menunggu mereka. Dia melihat tetamu itu. Jantungnya sekali lagi berdegup kencang. Dia bagaikan tidak percaya dengan penglihatannya itu. Aku kena pakai cermin mata ni, fikir Safiya. Tak mungkin ini dia, sambungnya.

Pandangan Safiya hanya tertumpu pada Syukri. Matanya tidak berkelip. Perlahan, dia minum jus tembikai itu bagi mengurangkan gementar di hatinya.

“Perkenalkan, ini Safiya” kata Tan Sri Nabil Zakwan kepada Syukri. Dia mengangguk. Safiya pula cepat-cepat meletakkan gelas ke atas meja dan melemparkan sebuah senyuman manis kepada Syukri.

“Fiya… Control lah sikit” bisik Mawaddah. Safiya tersedar dari lamunannya. Sejak bila dia duduk di sebelah aku? Fikir gadis tinggi lampai ini. Agaknya aku asyik sangat tengok dia sampai tak sedar akan kehadiran Mawaddah di sebelahku, fikirnya lagi.

“Waddah, how can I control myself? Dia lah lelaki yang Fiya beritahu Waddah tu!” ujar Safiya. Mawaddah terkejut. Jantungnya sekali lagi berdegup kencang. MasyaAllah, perasaan apa ini? Tidak mungkin… Tidak mungkin dia… Dia cinta pertamaku? Mawaddah menjadi gelisah. Bibir merahnya digigit tanpa disedari.

“Ya Allah, aku mohon perlindunganmu. Aku hanya seorang insan yang lemah, yang tidak boleh mengawal nafsuku tanpa pertolonganmu, Ya Rabb. Kuatkanlah iman ku. Tingkatkanlah kesabaran ku. Tambahkanlah ketaqwaanku kepadamu. Amin” doa Mawaddah di dalam hati. Benarkah dia cinta pertamaku? Inikah perasaan jatuh cinta pada pandangan pertama?






PAST FUTURE


_______________________________________
Bubblehye


Assalamualaikum! Greetings, aliens from Saturn! You've stepped into BDA's world. Accept me for who I am or just get out of here. I don't bite.
Blue Diamond Angel



Reminiscing those moments when we were all together as one big family
_______________________________________
Say YO


_______________________________________
Sing With Me




_______________________________________
Big Claps

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google