Express The Angel
The AngelLinksFanficsEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday, November 6, 2012 | 5:11 PM | 0 Alien
Assalammualaikum.


Dah berzaman saya tak update blog. Rindu pulak rasa. Anyway, esok hari last exam so, yeay! Boleh rehat! 


But wait, PBS still tak siap lagi. So, no rehat until hari Jumaat. Hari Jumaat nanti runding cara and Cik Lily mungkin datang, gantikan my parents. Mak dengan ayah saya cakap, suruh Cik Lily je datang. 


Khamis ni is the busiest day ever!



1) Hantar semua PBS

PBS Geo dan PBS Sivik saya tak siap lagi but nak kene hantar dah. Kertas Geo saya hilang -,- Tak tahu letak mana so, kene photostate. Pandai-2 lah nak minta sapa-2 tolong pinjamkan kat saya ni. Folio dengan poster dengan kad ucapan bende tu still tak siap dan saya akan siapkan hari ni kecuali folio. Folio nak buat esok. Print pun esok. Tak pun, suruh Zakirah tolong printkan. Malas saya nak gi balik rumah, nak print. 


2) Hantar buku teks

Khamis kan? Ke Jumaat? Ke Rabu? Saya serious tak ingat. Tapi rasa macam Khamis. Tak kisahlah hari apa, yang penting, saya tak balut buku-2 yang telah dirosakkan oleh God-knows-who. Yang penting bukan saya. HAHA XD. Tak nak mengaku. Tapi saya rasa buku teks KH saya tu mek tu yang cabutkan. Dia guna untuk apa ntah, pastu, dia tarik je terus plastik buku teks tu. 


3) Bagi buku SPS

Saya tak siap lagi. Kene buat hari ni jugak. Okay, fine, takpe, nanti saya buat. Yang penting, update blog dulu. HAHA XD. Blog didahulukan, pencapaian diutamakan. ^_^ 



Talk about pencapaian, saya dapat B for Sejarah. Takpe, alhamdulillah. Saya baru bagitahu my parents tadi. Saya tak tahu reaction diaorang macam mana. Petang nanti maybe diaorang bagi reaction. HAHA XD. Tunggu je lah. Tapi saya suka ape dapat 78%. Sebab markah saya naik. Drpd 72% je masa awal tahun tu... Eloklah tu. Maksudnya, cikgu Rozimah yang baik sangat ni ajar memang best! Sampai saya cepat faham. Takdelah cepat sangat. Biase aje. Saya memang kurang sikit dalam bab-2 nak kene ingat Sejarah. 


Tapi kan, saya harap saya jawab satu soalan lagi tu betul. Boleh dapat 80%. Hancur harapan dapat straight A. HAHA XD. Salah saya juga, siapa suruh tak study awal-2. Sejarah saya skip banyak. Saya baca bab 1, bab 2, bab 3 (separuh) dan bab 10. Tu je. Yang lain, saya tak baca sangat. Tengok berapa saat, terus skip. Saya tak sempat baca Sabah. 



Tadi, exam Mathematics, PJK dan Geografi. Geografi tak sempat baca sampai habis. Sempat baca sampai hidupan liar semula jadi Siberia. So, yang lain, hentam saja. Tapi takdelah banyak sangat yang saya hentam. Less than 10. Harap-2 boleh dapat A. Amin.


Mathematics, a bit tricky. Nasib baik saya sempat check soalan-2 tu. 


Mathematics paper 1, soalan 5, saya tak tahu jawapan dia. Mula-2, saya buat B (-4) but then, saya fikir macam tu tak logik. Then, saya bulat jawapan A (-1) Saya tak berapa sure soalan tu. Then, soalan yang number line jugak. Yang p - q rasanya. Yang tu saya tersilap and nasib baik perasan. Tapi jawapan still sama. Cuma jalan kira saya salah. Tapi cikgu bukannya kisah pasal jalan kira pun sebab tu kertas satu. HAHA XD. Izzati dengan Aina sempat check kertas dengan saya. Banyak yang lain. But diaorang cakap diaorang yang salah. But mana tahu lagi, kan? Before exam PJK, lepas cikgu dah minta semua kertas soalan tu, saya sempat tanya cikgu, apa jawapan no. 5 and guess what? A! Yeay! Alhamdulillah. 


Then, cikgu ade tanya mana bende alah kertas nak letak jawapan tu. Then, saya pergi kat cikgu, cakap dekat bawah fail tu. Since saya diri betul-2 rapat kat sebelah cikgu, saya perasan yang cikgu ni tinggi sangat. Tapi tak lah setinggi cikgu Zuhari. Cikgu tu tak payah cakap lah. Bahu pun tak sampai! Rasanya lah. Saya pun tak tahu. Saya jarang berdiri dekat dengan dia. Tak boleh ukur. Anyway, bila dah perasan cikgu tinggi tu, saya cakaplah, "tingginya cikgu!" and then, cepat-2 duduk. HAHA XD. 


Mathematics paper 2, soalan yang saya memang tak hesitate nak buat tu saya silap. But nasib baik saya perasan pada 20 mins yang terakhir. Saya check soalan no. 2 tu for the third time rasanya and suddenly, saya nampak markah dia 3! 3 marks for question 2 yang sangat 'senang' tu. Biar betul? Saya check and saya realized saya ada buat mistake. But, saya hesitated juga lah. But then, saya kira markah untuk jalan kira sekali dengan jawapan and then, saya tahu yang tu jawapan sebenarnya. -69.


PJK saya tak berapa nak confirm dapat A. Kalau dapat, alhamdulillah. But saya rasa saya boleh dapat A for Maths. Saya rasa lah. Kalau tak boleh, pandai-2 lah pujuk cikgu. Cikgu kan baik. MWAHAHA XD. Senang aje nak bodek cikgu, kan? 



SAYA HARAP CIKGU AJAR SAYA 

MATHS LAGI TAHUN DEPAN. 



Kalau tak pun, cikgu yang jenis macam cg Tarmizi ni. Baik aje. Hehehe... 


Tadi saya cakap dengan Qistina. Dia dapat 88% for Sejarah. Serious jealous. HAHA XD. Dia tanya, saya study tak. Saya jawab pertanyaan dia dengan satu soalan, "awak tengok muka saya ni muka rajin belajar ke?" Terus dia senyum. Saya pun selalu cakap gitu kat hamba-2 Allah yang tanya saya dah study ke belum. Seriously, diaorang tak patut tanya soalan tu unless diaorang memang tak tahu jawapan saya. 



Anyway, assalammualaikum. Mulai skrang, saya akan sentiasa tgk iCarly! 

PAST FUTURE


_______________________________________
Bubblehye


Assalamualaikum! Greetings, aliens from Saturn! You've stepped into BDA's world. Accept me for who I am or just get out of here. I don't bite.
Blue Diamond Angel



Reminiscing those moments when we were all together as one big family
_______________________________________
Say YO


_______________________________________
Sing With Me




_______________________________________
Big Claps

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google