Express The Angel
The Angel♥ Links♥ Fanfics♥ Entries

________________________________________________________________________________________
Friday, June 29, 2012 | 12:27 AM | 0 Alien
Huh. 


Assalammualaikum.


Penat tu masih terasa lagi. Tak pasal-2 belakang ni sakit. Aigoo, dah macam orang tua sudah. Eii, ni lah sebabnya saya tak suka nak buat kerja-2 yang memerlukan saya untuk tunduk. HAHA XD. Tunduk buat apa? Tunduk sebab sapu sampah lah! 


Tapi bukannya penat sangat pun sapu sampah tu. Cuma sakit belakang ni sebab nak kene tunduk sana, tunduk sini, sapu sana, sapu sini. Aigoo, aigoo... Atiqah cakap masa hari Selasa masa saya sapu sampah tu, lepas saya mengeluh, dia cakap, "kakak rupanya. Patut lah mengeluh dah." HAHAHA XD. Macam tahu-2 je kakak ni tak suka nak menyapu. 


Sekarang ni, skill menyapu saya dah makin better! Ye lah, dah, asyik nak kena sapu bilik je. Kalau dulu, ada orang tolong sapukan. Sekarang, dah tak de, kene buat sendiri. Dulu kan, saya pegang penyapu pun salah! Macam ntah apa-2 je the way saya pegang tu. Tapi sekarang, dah reti sapu cantik-2 dah pun! Masa dulu, Qistina selalu ambil penyapu daripada saya sebab dia cakap, saya sapu lembap, ntah apa-2. HAHA XD. So, kalau bertugas, saya selalu susun meja je. Ataupun, kutip sampah. Tapi, mostly, susun meja lah. Saya mana suka nak kotorkan tangan saya ni. Sebab nanti kena gi tandas, basuh tangan. Kalau sinki ada kat dalam kelas tu, takpe lah juga. 


Anyway, saya penat tu sebab kemas kelas! 85% kelas saya dah berubah! I'm serious! Saya, Aina, Hamizah, Aishah, Faresha dan lain-2 punya kerja. 


Kalau yang gantung-2 tu, Aina, Hamizah, Faresha, Aishah, Aina (N) and saya.
Kalau yang ubah kedudukan meja dalam kelas, saya, Aina, Aishah, Hamizah, Atirah and Azra. 
Kalau yang ubah kedudukan reading corner tu, saya, Aishah and Hamizah.


Tapi, yang kedudukan dalam meja tu, mostly saya, Aishah dengan Hamizah! Kita tiga orang je yang stay sampai lebih pukul 5. Aina balik keluar kelas pukul 4.55 something. 


Yang ubah kedudukan tu yang paling meletihkan tu! Kalau lah diaorang complain, saya tak tahu nak cakap apa. Suruh diaorang buat semuanya balik, tolong kita kemas, semua tu lah! Tapi esok saya tak datang. So, kalau diaorang complain, saya tak boleh nak tolong explain kan kenapa nak ubah kedudukan tu. 


Kedudukan tu, perempuan kat luar, lelaki kat dalam. Boleh bayangkan meja mesyuarat tak? Tapi yang tu straight je. Perempuan menghadap perempuan. Lepas tu, lelaki tu dekat tengah, meja diaorang straight, menghadap whiteboard. Kalau macam ni, kedudukan dia lebih senang. Kenapa? 


Cikgu senang nak check homework sebab cikgu boleh lalu depan meja seorang-seorang dengan senang. And then, kalau perbincangan English, lagi senang. Hanya bawa kerusi, masuk ke dalam petak tu and then, bincang. Kan senang? Lebih cantik, lebih kemas. Kalau yang biasa, serabut group sini kat sini, group situ kat situ... Lepas tu, chance untuk kita meniru or tanya kawan daripada depan tu kurang. Bukan kurang but memang takde langsung. HAHA XD. Kecuali kalau untuk orang lelaki lah. Kalau yang perempuan, mmg takde siapa kat depan. Lepas tu, senang nak buat presentation sebab ruang dekat depan lebih besar. Nak bagi kertas or nak edarkan kertas pun senang sebab line dia straight. Haaa... Lagi, senang nak straightkan meja. So, mana lah tahu kita boleh menang. InsyaAllah... Kita hanya usaha and tawakal. Chewahhh...


Tapi, yang disadvantage or benda yang tak best nya, orang yang duduk belakang tu, belakang tu memang belakang betul. So, kalau dakwat marker tu macam pudar sikit, orang yang jenis mata tak berapa nampak macam saya ni susah nak baca lah! Saya pulak duduk belakang sekali. Aigoo... Lagi, ruang untuk bermain dah takde. So, tak payah nak mengarut main lari-2 or bola dalam kelas. 


Tapi kan, saya takut kalau diaorang tak suka tempat duduk sekarang ni lah. Orang dah letih hias, kalau diaorang nak tukar tu, diaorang memang tak menghargai jasa saya and Aina and Hamiah and Aishah! Kita stayback lama tau sebab nak hias kelas ni! While orang lelaki?! Diaorang balik macam hape je! Budak asrama tu, tolong lah kita sekali! Saya geram betul lah! Shimi macam tak bertanggungjawab! Dia tak beritahu teacher Kamilah pasal kita nak hias kelas tu! Macam... asdfghjkl. Kena banyakkan bersabar! Saya rasa, kita kena tukar ketua kelas lagi sekali! And this time, jangan bagi lelaki jadi ketua kelas! Perempuan pun tak apa. Asy tu... Jadikan je lah dia ketua kelas. Lagi bagus! Dia lebih bertanggungjawab! 


You know what, mua'llimah membebel pasal kelas Arab and the kelas Arab yang tak serupa kelas Arab. Dia kata apa? Banyak sangat ruang BI! Ye lah, dah, class teacher kita teacher Kamilah, so, nak buat macam mana?! Takkan lah nak ganti yang WE <3 1 JUJUR dengan NAHNU <3 1 JUJUR?! Tak sedap langsung ayat! MWAHAHA XD. Mati saya kalau dia dapat tahu saya cakap ayat tu tak sedap. Kalau uhibbu = saya sayang. So, kalau kami sayang, sama dengan, nahibbu ke? Macam pelik je ayat...


Anyway, lepas tu, even lepas mua'llimah membebel, diaorang tetap tak buat apa-2! Yang perempuan tu pun, yang tolong, sikit nak mampus! Macam hape je! Apa guna ada 30 orang dalam kelas tu kalau hanya ada 10/11 orang je yang tolong hias kelas?! Mana pergi apa penolong kebersihan? Keceriaan? Tak kisah lah benda pun. Mana pergi diaorang?! Apa guna diaorang dapat jawatan tu kalau diaorang tak bertanggungjawab?! Eii, sakitnya hati saya! 


Bayangkan... Tadi mua'llimah membebel lagi pasal kelas yang belum dihias tu. Lepas tu, diaorang bleh buat muka selamba je?! Diaorang nak buat apa kalau saya dengan yang lain-2 tak buat benda gantung-2 tu?! Nak tulis benda? Tampal benda?! Fikir lah juga, diaorang ni! Otak letak dekat mana?! Akal tu untuk apa?! Apa gunanya akal yang Allah dah beri kalau diaorang tak reti nak guna?! Diaorang ni benda sebenarnya?! Pergi sekolah buat apa?! Tak tolong langsung kita ni! Nak cakap diaorang belajar? Hmphhh... Aidil tu belajar? Saya tak percaya langsung! Budak lelaki mmg confirm tak belajar. Budak perempuan pun apa kurangnyaaa... Dua kali lima je. Tapi at least, adelah juga budak perempuan yang sanggup balik lambat sebab nak hias kelas, nak tolong saya dengan Aina dengan Hamizah hias kelas ni. Nanti, kalau dapat nama, or menang anugerah kebersihan dan keceriaan, diaorang juga yang happy. Tapi seriously, diaorang kena berterima kasih kat kita lah! Sebab, kalau nak harapkan diaorang...


SAMPAI MATI PUN CONFIRM TAK SIAP!




Also, saya rasa, kalau saya datang Isnin ni and saya tengok kedudukan meja tu jadi macam yang asal, memang saya bagi ceramah betul-2. Sakit betul hati saya! Saya rasa, Aidil, Faris and Fikri akan mengata or complain. 3 orang tu memang nak kena lah kalau diaorang tu mengada-ngada sangat! Lagi-2 Aidil. Dah lah semalam tulis benda mengarut dekat kertas hitam tu. Saya koyakkan 1 kali kertas tu. Dia bagi 3 kali, rasanya. 1 tu saya koyakkan, lagi 2 tu saya tak koyakkan. Mana taknya, dia mencarut benda dalam tu! Saya marah gila dekat dia tapi bukanlah sampai jerit-jerit segala tu. Saya just cakap dengan tegas, kalau saya nampak yang dia tulis benda mengarut tu lagi, siap dia. And then, saya koyakkan kertas hitam tu depan dia. Tu pun hasil hasutan Atirah and Azra. He3x... Cayalah korang... Muka Aidil masa tu, macam tak puas hati je. Eleh, saya kisah apa? Saya tak takut dengan dia. Ada ke patut dia suruh pass kan kertas tu kat semua orang dalam kelas?! Tak malu ke?! Kau tu tulis benda yang mengarut, so, kenapa kau nak sebarkan benda bangang gila nak mampus macam tu dekat kelas kita?! Think logically lah! Kalau nak kotorkan fikiran orang, pergi blah ke kelas lain. Tu memang dialu-alukan! Kalau lah ada budak kelas lain terbaca, memang jatuh nama kelas 1J! Budak KAA tulis benda ntah apa-2 macam tu?! Ewww... Saya rasa Aidil memang tak puas hati sangat dengan saya. Tadi pun, dia gi baring dekat atas tikar tu. Dah lah dekat tikar tu ada benda yang gantung-gantung tu. So, saya suruh dia bangun cepat and betulkan bentuk kertas tu yang dah jadi macam bentuk benda je tu. And dia buat lah. Huh...


Yang gantung-2 tu kan, Hadi cakap macam ni haaa.. Orang jual ikan tu. Dia tunjuk kat benda yang tlah digantung tu, and then, dia cakap, "ikan masin, ikan ---" blah blah blah. Banyak lah dia cakap. Lepas tu kan, budak kelas 1K datang kelas kita, tengok kelas kita. Lepas tu, Dina buat-2 macam nak cari Amira masa tu. Padahal nak tengok kelas kita je. HAHA XD. Tak reti nak cover diaorang tu. Kalau 1K tiru kelas kita ni haaa... Saya tak tahu macam mana. Apa nak jadi pun, ntahlah! 




PERANG KAA!




HAHA XD. Saya rasa, 1K memang tak suka sangat dengan 1J, kan? Tapi siapa kisah? Hadi, Arif, Syauqi and Irfan tu... Memang semua gila talak. Syauqi kurang sikit. 3 orang tu je yang melebih! Masuk kelas orang, conteng, ape semua tu! Eiii... Sedarlah sikit yang diaorang tu kelas 1K! Also, diaorang tu macam orang yang dibuang daripada kelas kita. Nak cakap macam sampah tu, tak elok pulak. So, orang yang dibuang. Bangga sangat duduk kelas tu? Okay, fine, gi blah ke kelas korang yang 'terbersih' tu. I don't give a damn lah! Yang penting, jangan tiru kelas kita. Jangan main dalam kelas kita. Kelas 1J kan 'kotor', so, tak payah lah korang masuk dalam kelas ni and mengotorkan lagi kelas kita ni! Pergi lah main bola dalam kelas korang yang 'bersih sangat' tu!


What else? Hmmm.. Tu je kott..


Letih dah saya tulis ni. Masa tulis ni, memang saya tulis cepat-2 sebab tengah geram. Lagi-2 masa part, 'sampai mati pun confirm tak siap!' tu, memang saya marah gila masa tu. Kalau nak suruh saya ceramah kat kelas, saya boleh ceramah lagi teruk drpd mua'llimah ceramah. From A to Z saya boleh cakap kalau tengah geram. Okay lah, assalammualaikum. 


Kena packing untuk ke Klang. Off to Klang. HAPPYNYA! Ponteng 1 satu hari. He3x.


Yang Mathematics Oli- bende ntah tu, saya dah ambil kertas cubaan. Susah nak mampus! Baru tengok 2 soalan. Soalan lain, tak baca lagi. Busy sangat tadi. InsyaAllah saya akan ambil Qistina dari rumah dia sebab ayah dia sakit kaki. Kesian pakcik. Kalau Qistina tak pergi, mmg mengarut lah tu. Saya akan pastikan dia pergi hari Sabtu minggu depan. Saya confirm pergi. He3x... 


Best baca ceramah saya hari ni?! 

MWAHAHA XD. 


Okay, assalammualaikum! ^_^










PAST ♥ FUTURE


_______________________________________
Bubblehye


Assalamualaikum! Greetings, aliens from Saturn! You've stepped into BDA's world. Accept me for who I am or just get out of here. I don't bite.
Blue Diamond Angel



Reminiscing those moments when we were all together as one big family
_______________________________________
Say YO


_______________________________________
Sing With Me




_______________________________________
Big Claps

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google